Followers

Friday, November 13, 2009

Macam Mana MCA ?

Masalah MCA telah dijangkakan akan dapat diselesaikan oleh OTK dengan kadar yang segera sebelum EGM 101009. Akan tetapi selepas EGM 101009 bukan sahaja masalah dalaman MCA tidak diselesaikan malah ia menjadi lebih tenak lagi kalau dibanding sebelum ini.

Masyarakat Cina mengharapkan supaya masalah dalaman MCA ini dapat diselesaikan secepat mungkin demi kebaikkan Masyarakat Cina secara khasnya dan Negara secara amnya. Masalah ini berterusan akibat daripada kelakuan seorang peminpin yang tidak mahu menerima atau tidak sanggup menerima hakikat bahawa dia telah gagal memperolehi kepercayaan daripada majoriti perwakilan di Perhimpounan Luar Biasa pada 101009 yang menwakili lebih daripada 50% ahli-ahli MCA yang menjangkau 1 juta orang. Dia telah memberi alasan-alasan yang paling tidak munasabah iaitu "masih ada tugas-tugas yang belum diselesaikan". Saya sendiri berasa amat kecewa dengan perbuatannya atas sebab-sebab yang berikut:-

a) tidak menepati janji bahawa dia akan berundur walaupun menang dengan majoriti yang sedikit;
b) perbuatan ini telah menyebabkan kesemua ahli-ahli parti berada dalam keadaan yang amat memalukan kami;
c) selama ini kami selalu mendengar bahawa tugas-tugas yang diamanahkan boleh kita jalani tanpa kedudukan di dalam parti atau kerajaan; kalau begitu kenapa dia masih berpegang kepada pendirian untuk tidak meletak jawatan sebagai Presiden dan Menteri? Tidakkah dia sepatutnya menjadi teladan yang baik untuk ahli-ahli?

Adakah ini mengatakan bahawa tanpa kewujudan dia MCA akan lenyap? pecah bagai kaca, resap dalam udara, tenggelam dalam air(seperti kapal selam) dan kucar-kacil? Tugas-tugas MCA tidak akan dapat disempurnakan. Saya ingin membawa ingatan semua pada kehilanggan 邓小平 oleh Rupublic of China dan Kehilangan Abraham Lincon oleh Amerika Syarikat. Adakah kedua-dua negara kuasa dunia ini menjadi tidak berkuasa atau kurang berkuasa kerana ketiadaan Peminpin -peminpin agongnya? Jawapannya adalah begitu mudah sahaja. Oleh yang demikian, saya percayai bahawa MCA tanpa OTK tidak akan kucar-kacil dan yang penting MCA perlu menyelsaikan masalah dalaman dan masalah ini akan dapat diselesaikan sekiranya keputusan EGM 101009 dihormati.

Pada pandangan saya masalah ini cuma akan diselesaikan dengan mengadakan satu pemilihan semula pucuk pimpinan. Dengan pemilihan semula kesemua pihak mestilah menerima keputusan yang bakal dibuat oleh perwakilan nanti.

No comments: