Followers

Wednesday, November 18, 2009

Apa Sudah Jadi ?

Nampak nagara kita tertunjul sekali lagi di mata dunia, Indek Rasuah yang baru dikelaurkan itu sudah bertambah tenak. Apa sudah jadi? Kes Ahli Parlimen menyalahgunakkan peruntukkan, kes-kes pembantu khas kepada ADUN menyalahgunakan peruntukkan, kes KSU menyalahgunakan peruntukan, kes demi kes, kes PKFZ yang telah menyebabkan OTK menjadi hero dan menteri yang paling ditakuti oleh pemberi dan penerima rasuah, akan tetapi indek rasuah Malaysia masih bertambah tenak lagi. apa sudah terjadi?

Adakah ini bermakna, masih terdapat banyak kes-kes yang masih belum terbongkar, atau kes-kes yang tidak terbongkar, masih ada kes-kes yang tidak diketahui, kes-kes yang tidak akan kita ketahui, kes-kes yang telah di..., tak taulah apa nak cakap lagi...

Yang menjadi hakikat adalah, kes-kes yang telah terbongkar tidak sepatutnya diketepikan dengan alasan-alasan yang tidak masuk akal langsung, kes-kes masih belum terbongkar bongkarkanlah kalau sesiapa yang tahu, sebagai warganegara yang bertanggunjawap, kita telah diamanahkan dengan tugas sebagai mata dan telinga untuk memastikan kesemua harta-harta negara kita ini dijaga dan diuruskan dengan sempurna. Kalau PM menpunyai hasrat untuk membersihkan negara kita daripada digelar negara yang tenak dilanda "Wabak Rasuah" maka PM juga perlu tegas " Please do Not leave any stone unturn". Saya berpendapat bahawa indek rasuha tidak bertambah dengan tidak ada sebab dan kita perlu mengabilberat rumusan yang dicapai oleh pertubuhan antarabangsa itu.

sebagai contoh, baru-baru ini isu keretapi yang telah dibeli dengan harga sebanayk 3 kaliganda daripada harga pasaran, kenapa OTK yang merupakan menteri yang bertanggunjawap belum mengambil langkah-langkah yang diperlukan ? Memang ia benar, kalau kita lihat laporan-laporan yang telah hangat dilaporkan baru-baru ini. Menteri yang begitu tegas sepatutnya menyaran kepada Kabinet untuk mengambil tindakan penyiasatan terhadap keretapi ini.

1 comment:

Low Yili said...

Hi, OTK orang yang tahu cakap orang tapi tak tahu cakap sendiri punya. Apa yang dia pandai hanya la tolok, tolok dan tolak. OTK cakap kita beli keretapi 2nd hand lebih mudah daripada Costa Rica, tolong la, orang beli berapa, you beli berapa. Jangan main-mainkan perkataan la. Check baik baik la!!! Lagipun kalau lebih mudah daripada Costa Rica tapi lebih tinggi daripada harga market, adakah ia patut? Atau, kalau Costa Rica ada rasuah kita put boleh rasuah juga???
Orang macam OTK memang sudah tak boleh pakai la. Kalau ada apa-apa yang berlaku, dia mesti ada alasan. Macam EGM MCA, perwakilan nak dia turun, dia cakap sebab-sebab yang pada saya alasan bodoh dan tak munasabah untuk terus menjadi Ketua MCA. Dia cakap sebab ada "central Committe" yang support dia dulu pun nak dia turun, kawan dia dulu menjadi musuh. Sebab itu, dia kena terun memimpim MCA. Kalau saya tak salah, kawan dia menjadi musuhnya sebab OTK tak ikut apa yang sepatutnya dia kena buat selepas EGM perwakilan memyebabkan MCA diketawa orang ramai dan memalukan orang Cina. Dia pulak cakap orang mengkhianatnya. Semua orang tahu dia memang pandai bercakap. Burung yang mati put boleh cakap sampai hidup. Tolonglah OTK, berhentikan la perbuatan anda. Jangan memyebabkan you punya Xifu pun malu keranakan mu.