Baru-baru ini kita nampak banyak perkara yang tidak sepatutnya berlaku telah berlaku di dalam Negara Kita. Negara kita yang selama ini berasa bertuah kerana tidak dilanda bencana alam telah berlaku pelbagai bencana yang tidak dapat dielakkan dengan kuasa manusia. Misalnya, negara kita telah dilaporkan mengalami satu gempa bumi di kawasan sekitar Negeri Sembilan. Kita dikatakan tidak berada dalam lingkungan bumi yang akan terjadi gempa bumi tetapi ia berlaku. Ini merupakan bencana alam yang tidak dapat kita elakkan.
Akan tetapi, baru-baru ini negara kita juga telah mengalami satu bencana yang dikatakan amat pelik. Ada seorang pendidik yang sebelum ini dihormati telah mengatakan bahawa pelajar-pelajar dari sekolah sjk(c) adalah lebih cenderung kepada meniru (atau copycat). Ia menjelaskan bahawa, pelajar-pelajar sjk(c) ini lebih cenderung kepada peniruan dan bukan jenis pelajar yang kreatif. Ini merupakan satu kenyataan yang tidak masuk akal langsung dan telah mengenepikan usaha-usaha sjk(c) sejak kemerdakaan yang telah melahirkan insan-insan yang menjadi batu pengasas kepada pembangunan negara. Apakah dia sudah lupa bahawa penerima-penerima anugerah antarabangsa sama ada dalam bidang sains dan teknologi dari Negeri China juga merupakan orang-orang telah menggunakan bahasa Cina sebagai penghantaranya seperti di sjk(c). Kalau ianya benar maka kenapa orang yang dilahirkan melalui sistem pendidikan yang sama masih boleh memenangi anugerah antarabangsa? Wlaubagaimanpun kenyataannya itu mungkin benar kalau ditujukan kepada seorang YB dari Pulau Pinang, tahun lepas meniru soalan orang; tahun ini YB itu pula meniru SMS kawannya. Itu kenyataannya sendiri. Kalau ia benar, maka YB meniru sekali lagi. Maka benarlah kalau Professor itu mengatakan ada orang lebih cenderung kepada peniruan.
Yang lebih pelik lagi adalah seorang YB telah memilih kasih. Ada YB telah membelasah kerajaan kerana memberi satu kontrak kepada konco-konconya kata YB itu. Tetapi yang menjdi tidak begitu berhormatnya adalah beliau tidak memberi maklumat yang lebih terperinci siapakah yang telah menandatangani kontrak tersebut untuk kerajaan pada masa itu tahun 1996? Tidakkah sebagai seorang YB beliau sepatutnya bertanggungjawap kepada rakyat dan membongkarkan sebarang ketidakadilan tidak kira sama ada itu daripada kawan ataupun lawan ? Kenapa YB itu telah mengenepikan sebahagian infomasi pada masa yang sama telah mendedahkan sebahagaian infomasi pula. Tidakkah YB tak sepatutnya berbuat demikian, allowance MPnya juga merupakan cukai yang telah kita bayar. Kitalah orang sepatutnya beliau wakili. Ini adalah kenyataan yang sama dengan apa yang mereka katakan sebelum ini.
Yang lebih pelik dan menyedihkan adalah perbuatan memijak gambar-gambar sesama insan yang telah dinamakan pembelut. Kita semua diajar di sekolah bahawa kita mestilah saling hormat-menghormati di antara satu sama lain. Kita tidak sepatutnya bersikap biadap terhadap sesiapapun. Pada hari itu, kita melihat ramai Yang Berhormat-Yang Berhormat yang sepatutnya menjadi teladan kepada kita rakyat jelata telah menunjukkan satu contoh yang amat menyedihkan dan juga dikatakan biadap iaitu memijak orang. Manakala, di barisan yang satu lagi, membakar gambar juga adalh satu perbuatan yang keji dan juga tidak bersikap yang sepatutnya. Manakah demokrasi yang selama ini kita perjuangkan? Kalau ia pun tidak puas hati biarlah kita rakyat yang tentukan pada pilihanraya yang akan datang.
Semoga, negara kita tidak lagi dilanda bencana yang pelik ini pada masa-masa yang akan datang.
Ramah Mesra@ Kukup Laut
6 years ago
2 comments:
Betul-betul tak faham mengapa masa kini begitu ramai orang pandai cakap tapi tak ada LP buat.
Pertama KKK, menerima cabaran Ketua Pemuda MCA untung berbahas, tapi sekarang dia minta orang beritahu dia isi-isi mengapa SJK(C) bukan Copycat. Dia betul-betul bodoh. Kalau orang sudah beri dia semua isi kandungan, buat apa berbahas lagi? macam mana nak berbahas kalau apa yang kita nak bahaskan sudah diketahui orang? Pada saya, dia tak ada LP nak berbahas la. Minta ini, minta itu nanti orang tak nak beri dia akan cakap "kalau begitu dia tak akan berbahs" Ini cara orang yang tak ada LP.
2nd 三派之前已经决定重选,为什一些人现在又没有LP辞职面对重选. 第一个是老翁. 50%的中央代表支持你,你怕什么?真是有LP讲,没有LP做. 第二个是老蔡, 你都已经辞了为什么不叫支持你的中委也辞呢?你要他们也像支持老翁的中委一样也给人家说他们没LP吗?
各位同志,看看这些在做戏的人.中央代表下次给他们知到,只为自己,不为党想想的人会有什么下场.
pls visit:
http://datochng.blogspot.com/2009/12/blog-post_26.html
Post a Comment