Followers

Thursday, December 31, 2009

2009年的最后一天

在2009年的最后一天我恭祝各界:-
新年快乐!
身体健康!
生意蒸蒸日上!
明年会更好!

Saturday, December 5, 2009

Yang Berhormat Yang Tidak Berhormat

Baru-baru ini kita nampak banyak perkara yang tidak sepatutnya berlaku telah berlaku di dalam Negara Kita. Negara kita yang selama ini berasa bertuah kerana tidak dilanda bencana alam telah berlaku pelbagai bencana yang tidak dapat dielakkan dengan kuasa manusia. Misalnya, negara kita telah dilaporkan mengalami satu gempa bumi di kawasan sekitar Negeri Sembilan. Kita dikatakan tidak berada dalam lingkungan bumi yang akan terjadi gempa bumi tetapi ia berlaku. Ini merupakan bencana alam yang tidak dapat kita elakkan.

Akan tetapi, baru-baru ini negara kita juga telah mengalami satu bencana yang dikatakan amat pelik. Ada seorang pendidik yang sebelum ini dihormati telah mengatakan bahawa pelajar-pelajar dari sekolah sjk(c) adalah lebih cenderung kepada meniru (atau copycat). Ia menjelaskan bahawa, pelajar-pelajar sjk(c) ini lebih cenderung kepada peniruan dan bukan jenis pelajar yang kreatif. Ini merupakan satu kenyataan yang tidak masuk akal langsung dan telah mengenepikan usaha-usaha sjk(c) sejak kemerdakaan yang telah melahirkan insan-insan yang menjadi batu pengasas kepada pembangunan negara. Apakah dia sudah lupa bahawa penerima-penerima anugerah antarabangsa sama ada dalam bidang sains dan teknologi dari Negeri China juga merupakan orang-orang telah menggunakan bahasa Cina sebagai penghantaranya seperti di sjk(c). Kalau ianya benar maka kenapa orang yang dilahirkan melalui sistem pendidikan yang sama masih boleh memenangi anugerah antarabangsa? Wlaubagaimanpun kenyataannya itu mungkin benar kalau ditujukan kepada seorang YB dari Pulau Pinang, tahun lepas meniru soalan orang; tahun ini YB itu pula meniru SMS kawannya. Itu kenyataannya sendiri. Kalau ia benar, maka YB meniru sekali lagi. Maka benarlah kalau Professor itu mengatakan ada orang lebih cenderung kepada peniruan.

Yang lebih pelik lagi adalah seorang YB telah memilih kasih. Ada YB telah membelasah kerajaan kerana memberi satu kontrak kepada konco-konconya kata YB itu. Tetapi yang menjdi tidak begitu berhormatnya adalah beliau tidak memberi maklumat yang lebih terperinci siapakah yang telah menandatangani kontrak tersebut untuk kerajaan pada masa itu tahun 1996? Tidakkah sebagai seorang YB beliau sepatutnya bertanggungjawap kepada rakyat dan membongkarkan sebarang ketidakadilan tidak kira sama ada itu daripada kawan ataupun lawan ? Kenapa YB itu telah mengenepikan sebahagian infomasi pada masa yang sama telah mendedahkan sebahagaian infomasi pula. Tidakkah YB tak sepatutnya berbuat demikian, allowance MPnya juga merupakan cukai yang telah kita bayar. Kitalah orang sepatutnya beliau wakili. Ini adalah kenyataan yang sama dengan apa yang mereka katakan sebelum ini.

Yang lebih pelik dan menyedihkan adalah perbuatan memijak gambar-gambar sesama insan yang telah dinamakan pembelut. Kita semua diajar di sekolah bahawa kita mestilah saling hormat-menghormati di antara satu sama lain. Kita tidak sepatutnya bersikap biadap terhadap sesiapapun. Pada hari itu, kita melihat ramai Yang Berhormat-Yang Berhormat yang sepatutnya menjadi teladan kepada kita rakyat jelata telah menunjukkan satu contoh yang amat menyedihkan dan juga dikatakan biadap iaitu memijak orang. Manakala, di barisan yang satu lagi, membakar gambar juga adalh satu perbuatan yang keji dan juga tidak bersikap yang sepatutnya. Manakah demokrasi yang selama ini kita perjuangkan? Kalau ia pun tidak puas hati biarlah kita rakyat yang tentukan pada pilihanraya yang akan datang.

Semoga, negara kita tidak lagi dilanda bencana yang pelik ini pada masa-masa yang akan datang.

Sunday, November 22, 2009

Siasatan Perlu Dilakukan

Dalam Kes PKFZ, rakyat Malaysia berasa begitu bangga dengan YB Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Kiat. Sebagai seorang menteri yang bertanggunjawap terhadap kementerian ini dia telah mengabmbil initiatif untuk menyiasat kes PKFZ. Repot demi repot mesti dibangkitkan oleh YB Menteri walaupun ia mungkin tidak disentuh sama sekali oleh ahli-ahli jawatankuasa. Pada masa itu, isu ini tidak disentuh bukan sebab kita tidak perhatin terhadap isu manakala kami tidak faham akan isu yang sebenarnya. Kami pernah meminta supaya satu taklimat dibuat agar kami mempunyai pengetahuan yang mendalam kerhadap isu tersebut tetapi taklimat tidak pernah diadakan.

Baru-baru ini kita juga telah terbaca dalam akhbar yang mengatakan satu lagi penyelewengan telah berlaku dibawah jaga kementerian pengangkutan, iaitu KTM. KTM telah dikatakan membeli gerabak keretapi diperbahrui (re-cond) atau lebih senang difahami dan lebih tepat second hand, dengan harga yang lebih tinggi daripada pasaran manakala satu negara lain telah membeli dengan harga berpekej yang lebih rendah daripda harga Malaysia. Apa sebabnya? adakah kerana negara kita tidak mempunyai persahabatan diplomatik yang baik dengan negara asal atau ada hal-hal lain yang perlu kita tahu?

Dalam perkara ini saya berasa begitu sedih dan hairan kenapa YB Menteri Pengangkutan yang begitu tegas tiba-tiba membela pulak pembelian tersebut? Bukankah YB Menteri sepatutnya membuka satu file penyiasatan dengan menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas untuk menyiasat perkara ini. Tidak kah perkara ini juga merupakan satu perkara yang serius. Mengikut kata-kata YB Menteri, sekirannya perkara ini tidak diambil tindakan yang tegas Barisan Nasional akan hilanag kuasa pada pilihanraya yang akan datang. Bagus kata-katanya itu, akan tetapi tidakkah kes/isu KTM juga merupakan satu perkara yang serius dan sekiranya tidak diamabil tindakan yang tegas, kita juga akan mengahadapi masalah yang sama ?

kali ini, kenapa YB. Menteri pula menjadin pembela kepada perkara ini. Bukankaah YB Menteri sepatutnya mengambil tindkan yang tegas memandangkan ia berlaku semasa YB Menteri menerajui kementerian ini?

TINDAKAN YANG SETIMPAL DENGAN GRAVITI KES INI PERLU DIAMBIL.